Assalamulaikum wbt dan Salam Muhibbah..
Hurrmm..alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua telah tamat menghadapi peperiksaan dan sama-samalah kita berdoa dan tawakal kepada Allah moga-moga kita semua beroleh keputusan yang cemerlang. Insyallah.. Hari ini saya terpanggil untuk menceritakan serba sedikit apa yang telah berlaku 3 tahun dahulu. buat pengetahuan semua, UPSI baru 3 tahun diterajui oleh kepimpinan ASPIRASI UNIVERSITI. Apa itu aspirasi universiti?? Aspirasi universiti adalah rasa ingin membangunkan universiti sehaluan dengan universiti. pendek kata bersama-sama dengan cita-cita universiti dan kerajaan. Bukanlah maksud saya ingin berpolitik, tetapi cara dan pembawakan pemimpin itu mestilah mampu menaikkan imej UPSI. Universiti kita adalah IPTA di bawah kerajaan Malaysia yakni Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia justeru cara dan tindakan kita mestilah sehaluan dan mengikut cara yang sepatutnya selari dengan harapan kerajaan Malaysia.
Namun 3 tahun dahulu lain ceritanya.. menurut sumber yang boleh dipercayai.. pemimpin pelajar ketika itu memang baik dan bagus dalam kepimpinan. sama seperti pemimpin pelajar hari ini. mereka juga sama-sama menjaga kebajikan pelajar namun ketika itu tiada masalah kebajikan yang serius timbul jika ingin dibandingkan dengan masalah yang wujud pada hari ini
Apa yang membezakan mereka dengan pemimpin hari ini adalah mereka tidak sehaluan dengan Kerajaan Pemerintah yang menaungi universiti kita. Cara mereka yang secara terbuka yang menghentam sana dan sini menyebabkan bahana menimpa segolongan graduan kita yang ingin berposting. Tahun 2005 adalah tahun yang sangat mengejutkan bila ramai graduan kita tidak mendapat penempatan dan ini mungkin disebabkan kita tidak sehaluan dengan aspirasi negara. Bagaikan seorang wira, pemimpin Aspirasi tampil mengadap dengan pemimpin negara untuk memulihkan keadaan dan akhirnya kita mendapat tempat dan satu MOU telah ditandatangai antara KPM dan KPT berkenaan penempatan guru. Bagi UPSI dan semua fakulti pendidikan di IPTA akan ditempatkan di sekolah menengah manakala sekolah rendah akan di isi oleh guru-guru IPG.
Jadi, kesan dari kepimpinan amat besar sehingga melibatkan masa depan graduan UPSI untuk mendapatkan penempatan guru. kita seharusnya berterima kasih kepada KPT dan KPM yang membantu kita menyambung pengajian dalam bidang pendidikan dan akhirnya menjadi guru atau pendidik anak bangsa. sedarlah kawan-kawan sekalian..apa yang kita belanjakan dari segi yuran dan sebagainya tidak smpai 20% dari jumlah yang sepatutnya kita terpaksa tampung.. Ynag selebihnya..kerajaan Malaysia yang tanggung. lebih bertuah lagi kepada yang menerima biasiswa KPM, KPT,JPA, MARA dan lain-lain. semua itu adalah bantuan yang diberikan bagi meringankan bebanan kita sebagai pelajar. Analoginya mudah.. jika kita dibesarkan oelh kedua ibu bapa kita yang telah menanggung kita dari kita lahir..dan apabila kita telah dewasa, kita mula lupa diri..menghina ibu bapa kita..mengkritik mereka secara terbuka..melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas.. apa perasaan ibu bapa kita terhadap anak mereka yang sedemikian???
Fikir-fikirkanlah......................
sekian..terima kasih..
p/s : kepada yang akan berpraktikum dan yang membuat ROS di sekolah..lakukanlah yang terbaik untuk menaikkan imej UPSI supaya dengan pemergian kita dari sekolah itu akan meninggalkan kesan dan memori indah buat seluruh warga sekolah.. insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment