alhamduillah..itulah yang bleh sya lafazkan dan mengharapkan projek pembangunan akan terus dilaksanakan. buat pengetahuan semua, saya pelajar semester 7 dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk UPSI. mungkin dulu sya tidak sebulu dengan MPP tapi skarang saya cuba bergaul dan bergelumang dengan mereka. maklumat yang saya terima ini juga berkenaan kampus induk baru ini juga saya dapat daripada MPP. mereka telah bertemu dalam satu menyuarat bersama YB Dato Seri Khaled Nordin, Menteri KPT yang baru dan mereka telah menyatakan masalah UPSI khususnya berkaitan dengan pembinaan kampus induk baru UPSI dan maklum balas dari YB Menteri, beliau telah berbincang dengan menteri KPT yang lama dan beliau telah meluluskan projek ini dan merupakan projek pertama setelah menjadi menteri.. selain itu dalam mesyuarat tersebut MPPUPSI telah menyatakan berkenaan perbezaan kadar ptptn antara pelajar sains dan sastera dan YB Menteri telah meminta mereka membentangkan proposal cadangan kadar ptptn bg pelajar sastera. harap ini dapat membantu pelajar UPSI bah kan seluruh warga mahasiswa di seluruh negara.
kepada semua warga mahasiswa UPSI..berdoalah agar kampus ini terus dibangunkan walaupun mungkin saya dan anda tidak dapat merasa menuntut di kampus baru tersebut bersyukurlah sekiranya adik-adik kita dapat merasai nikmat hasil perjuangan kita pada hari ini. terima kasih MPP. Orang yang tidak bersama-sama MPP dan duduk memerhati diluar mmg tidak faham dan tahu betapa kerasnya anda berkerja untuk universiti dan pelajar.
Lagi satu, sebelum saya mula study ni..ingatah sejarah telah mengajar kita dan kita harap peristiwa kepimpinan 3 tahun yang lalu tidak berulang di UPSI. bukan apa saya nak pastikan prjek kampus baru terus diberi dibangunkan dan peristiwa kakak2 dan abng2 senior kt yang tidak mendapat penempatan dsebabkan peristiwa kepimpinan 3 tahun yang lalu tidak akan berulang kembali.
alhamdulillah dari sumber yang saya terima graduan UPSI yang bergraduat bilan 3 lalu telah selamat ditempatkan disekolah2 seluruh malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. berkenaan graduan pendidikan khas, pend sekolah rendah dan pend awal kanak-kanak pon telah mendapat penempatan di sekolah..walaupun surat tawaran lewat dan hasil follow up MPP mereka semua telah dipostingkan.. tahniah kepada semua graduan UPSI kerana kini anda boleh tersenyum kerana telah bergelar guru. jadilah guru yang terbaik seterusnya mengharumkan nama UPSI.
diharapkan pada masa akan datang nasib saya dan rakan2 sebatch dengan saya juga tidak menghadapi masalah penempatan guru. sekali lagi saya ingin menyatakan terima kepada MPP! saya mengharapkan kepimpinan sebegini dapat diteruskan..
ermm....lagi satu saya nak ucapkan terima kasih kepada MPP khususnya bendahari MPP sebab memberi sumbangan kepada program baktisiswa persatuan kami. dulu kami tidak pernah merasa sumbangan dan bantuan dari MPP sebegini..sudah Sem 7 baru saya baru dapat. bendahari MPP siap bagi khidmat nasihat untuk menguruskan kewangan program secara berkesan. Ok la..saya nak mula study..esok lusa ader exam..
No comments:
Post a Comment