Monday, April 14, 2008

ANUGERAH PERDANA NC : SANI KECUNDANG...TAK MUNGKIN??


Saudari Nur Azlizan Sapuan baru-baru ini telah merangkul Anugerah Perdana NC pada Majlis Malam Anugerah Keterampilan UPSI yang berlangsung di Crystal Crown Hotel pada 5 April 2008. Sedikit mengejutkan apabila beliau menerima anugerah tersebut. Beliau mengetepikan calon-calon lain untuk anugerah tersebut. Saudari Azlizan sangat aktif dari awal pengajian sehingga sekarang. penglibatan aktif beliau dalam pelbagai bidang tidak menghalang beliau untuk mendapat anugerah dekan sebanyak 4 kali tidak termasuk semester akhir(belum menerima keputusan praktikum). Orangnya yang bersopan santun dan lemah lembut serta bersahsiah terpuji memblehkan beliau merangkul anugerah pada malam itu.


Namun..Saudara Ahmad Sani (Mantan YDP JMK KHAR) memang tidak dijangka memenangi anugerah tersebut kerana hanya sekadar calon yang memenuhi kuota disebabkan pernah menjadi pelajar UPSI. Beliau hanya aktif di kolej KHAR sahaja dan borang pencalonan anugerah beliau dipenuhi penglibatan semasa di IPSAH dan sedangkan ini anugerah ketrampilan UPSI bukan IPSAH. ini belum melihat dari skop kecemerlangan akademik..berapalah PNGK si sani ek?? Menurut JMK yang dulu seangkatan dengan beliau yang semeja dengan saya pada malam anugerha tersebut..(kini terus kekal menjadi JMK), menyatakan si Sani hanya manis mulut jer tapi kerja pas kat orang lain sehingga kan PA kesayangan dia pon da macam JMK ketika itu (Sekarang JMK). walaubagaimanapun tahniah la kerana sudi datang jauh-jauh untuk mengambil borang pencalonan..dapat jadi calon pon da OK la tu.tahniah2!


Kepada saudari azlizan..tahniah atas pencapaian anda. teruskan usaha menjadi guru sejati dalam memperjuangkan nasib bangsa kita pada masa hadapan.

kepada pemenang2 anugerah pada malam itu saya ucapkan tahniah dan teruskan kecemerlangan. Kepada Mantan YDP MPP dan TYDP MPP..all the best..MPP 2007/2008 akan terus menerajui kepimpinan cemeralang saudari dan saudari..

3 comments:

Hafiz Hanif said...

If dengar sebelah pihak sahaja, maybe kita akan berat sebelah... Jom kita baca jawapan dari Cikgu Sani di dlm blognya http://sifoo-araby.blogspot.com

mari kita sama-sama cari kebenaran...

cipan88 said...

Salam Bitara...
Menyatakan rasa tidak puas hati hanya meyakini bahawa andalah yang paling layak untuk memegang title "Anugerah Naib Canselor" seolah - olah saudara terlalu 'desperate' untuk mendapat anugerah mahupun jawatan sementelah saya cukup - cukup mengenali saudara dari kali pertama menjejakkan kaki di bumi UPSI khususnya KHAR. Karektor saudara yang hanya menjadi seorang "Jeneral" mengarahkan itu ini begitu dan begini kepada angkatan JMK KHAR seolah bagai kerbau dicucuk hidungnya dengan tali. Maka terhasilah pemimpin Kronisme secara turun temurun bermula dari empayar saudara hinggalah kepada yang bakal dibentuk bagi sesi 2008/2009 kelak. Mungkin saudara Hafiz yang bakal menerajui potfolio selaku YDP JMK KHAR mempunyai pandangan yang berbeza dengan saudara tetapi tetap juga merujuk kepada "sifoo" nya yang satu ini. Ibarat "remote control" di bumi MPSAH. Tertulis di dalam syarat pencalonan penglibatan aktif bermula dari semester 1 hingga 8 dan juga beberapa kriteria yang lain. Perlu dikatakan di sini saudara hanya berada di bumi UPSI hingga semester 6 dan sumbangan diberikan hanyalah bertumpu kepada KHAR semata - mata. Karnival Hari Terbuka, Karnival ICT, Flora dan Fauna, dan seangkatan dengannya hanyalah sekadar memenuhi duit poket tabung JMK KHAR untuk mendapatkan dana agar secara tahunan membuat lawatan ke luar negara. Sebut sahaja negara mana yang KHAR tidak pernah lawati. Vietnam? Beijing? Brunei? Sabah? Medan? Bandung? New Zealand? Ghuang Zhou? Peliknya hasil daripada hubungan intim dengan Mantan Pengetua membolehkan segala program anjuran KHAR ke luar negara "dibolehkan" dan mendapat "blessing" daripada NC. Tetapi agak sukar mendapatkan kelulusan bagi kolej – kolej yang lain. Kenapa ye ? Mungkin selepas mendapat anugerah NC barangkali memudahkan "jemaah - jemaah" saudara boleh pergi kemana- mana sahaja. Sumbangan dan penglibatan aktiviti saudara tidaklah sehebat mana pun dan dari segi markah meritnya boleh ditandingi oleh calon2 yang hanya mencalonkan diri dalam kategori individu kepimpinan pun saya rasa. Ada baiknya juga saudara uploadkan sahaja borang pencalonan saudara di dalam portal supaya semua orang boleh lihat dan nilaikan sendiri orang yang selayaknya mendapat tempat untuk Anugerah NC. Berlandaskan title "penyelaras Program atau Pengerusi Program adakah mampu menyaingi sahabat - sahabat lain yang menjadi pengarah yang memberikan manfaat kepada seluruh warga UPSI. Kenapa tahun lepas KHAR mendominasi kebanyakan anugerah tidak dipertikaikan oleh orang lain. Dan ini kerana pihak - pihak lain merasakan bahawa KHAR memang layak mendapat anugerah - anugerah tersebut atas pencapaian yang ditunjukkan. Dan mengapa pula di saat - saat akhir perlu dimasukkan kategori Keusahawanan pada tahun lepas? Adakah disebabkan pakatan mantan pengetua dengan HEP agar dibolehkan KHAR menggondol bersih semua anugerah??? Terpulanglah kepada saudara untuk menilainya. Orang lain tidak akan terhegeh - hegeh meminta sekiranya dia tahu bahawa dialah yang paling LAYAK....

SifooAraby said...

Terima Kasih kepada Saudara Specky @ Cipan88,

Thank for visited my blog.Sya simpulkan comment anda yang panjang lebar ni ngan ungkapan :

MOHON MAAF ZAHIR BATIN

Sekiranya kehadiran saya bersama teman2 MPSAH dan JMK terdahulu bnyk menyusahkan anda atau menguris perasaan anda. Itulah jawapan yang termampu. Cikgu ini bukan untuk berdebat dan cukuplah saya memulakan dulu memohon maaf. Saya pun bukannya Sempurna untuk tidak melakukan apa2 kesalahan.

Cikgu Sani Araby