Tuesday, April 22, 2008

KAMPUS INDUK UPSI DIPROTON SIAP 2011

alhamduillah..itulah yang bleh sya lafazkan dan mengharapkan projek pembangunan akan terus dilaksanakan. buat pengetahuan semua, saya pelajar semester 7 dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk UPSI. mungkin dulu sya tidak sebulu dengan MPP tapi skarang saya cuba bergaul dan bergelumang dengan mereka. maklumat yang saya terima ini juga berkenaan kampus induk baru ini juga saya dapat daripada MPP. mereka telah bertemu dalam satu menyuarat bersama YB Dato Seri Khaled Nordin, Menteri KPT yang baru dan mereka telah menyatakan masalah UPSI khususnya berkaitan dengan pembinaan kampus induk baru UPSI dan maklum balas dari YB Menteri, beliau telah berbincang dengan menteri KPT yang lama dan beliau telah meluluskan projek ini dan merupakan projek pertama setelah menjadi menteri.. selain itu dalam mesyuarat tersebut MPPUPSI telah menyatakan berkenaan perbezaan kadar ptptn antara pelajar sains dan sastera dan YB Menteri telah meminta mereka membentangkan proposal cadangan kadar ptptn bg pelajar sastera. harap ini dapat membantu pelajar UPSI bah kan seluruh warga mahasiswa di seluruh negara.
kepada semua warga mahasiswa UPSI..berdoalah agar kampus ini terus dibangunkan walaupun mungkin saya dan anda tidak dapat merasa menuntut di kampus baru tersebut bersyukurlah sekiranya adik-adik kita dapat merasai nikmat hasil perjuangan kita pada hari ini. terima kasih MPP. Orang yang tidak bersama-sama MPP dan duduk memerhati diluar mmg tidak faham dan tahu betapa kerasnya anda berkerja untuk universiti dan pelajar.
Lagi satu, sebelum saya mula study ni..ingatah sejarah telah mengajar kita dan kita harap peristiwa kepimpinan 3 tahun yang lalu tidak berulang di UPSI. bukan apa saya nak pastikan prjek kampus baru terus diberi dibangunkan dan peristiwa kakak2 dan abng2 senior kt yang tidak mendapat penempatan dsebabkan peristiwa kepimpinan 3 tahun yang lalu tidak akan berulang kembali.
alhamdulillah dari sumber yang saya terima graduan UPSI yang bergraduat bilan 3 lalu telah selamat ditempatkan disekolah2 seluruh malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. berkenaan graduan pendidikan khas, pend sekolah rendah dan pend awal kanak-kanak pon telah mendapat penempatan di sekolah..walaupun surat tawaran lewat dan hasil follow up MPP mereka semua telah dipostingkan.. tahniah kepada semua graduan UPSI kerana kini anda boleh tersenyum kerana telah bergelar guru. jadilah guru yang terbaik seterusnya mengharumkan nama UPSI.
diharapkan pada masa akan datang nasib saya dan rakan2 sebatch dengan saya juga tidak menghadapi masalah penempatan guru. sekali lagi saya ingin menyatakan terima kepada MPP! saya mengharapkan kepimpinan sebegini dapat diteruskan..
ermm....lagi satu saya nak ucapkan terima kasih kepada MPP khususnya bendahari MPP sebab memberi sumbangan kepada program baktisiswa persatuan kami. dulu kami tidak pernah merasa sumbangan dan bantuan dari MPP sebegini..sudah Sem 7 baru saya baru dapat. bendahari MPP siap bagi khidmat nasihat untuk menguruskan kewangan program secara berkesan. Ok la..saya nak mula study..esok lusa ader exam..

Monday, April 14, 2008

SYUKURKAH KITA??

MPP UPSI kali ini terpanggil untuk berusaha sehabis baik dalam mempejuangkan nasib dan kebajikan UPSI disamping mengharumkan nama UPSI. bukanlah ingin menunjuk2 dan mpp sendiri ader kelemahan dan kekurangan. namun atas rendah diri MPP bergerak untuk membuktikan kemampuan mereka. aku lihat MPP dulu dan sekarang jauh bezanya. sudah banyak perubahan mereka lakukan.. mereka gigih untuk selesaikan sehingga kita semakin selesa untuk pergi dan balik ke kuliah, biasiswa pula sudah ditawarkan kepada kebanyakan kursus di UPSI dan permohonan UPSI adalah yang tertinggi yang diterima oleh KPM berbanding fakulti pendidikan universiti lain. yang berjaya mendapat biasiswa pn semalin meningkat. semua ini hasil cadangan MPP kepada KPM.. selain itu, moist fan dalam manifesto MPP kali ini pn telah dilaksanakan. penambahan ATM Maybank juga telah ada di pintu timur. ATM di KZ dan KAB dalam perbincangan dengan pusat ICT kerana ada kekangan dari segi kemudahan online di sana.. MPP berharap masalah ini dapat di atasi secepat mungkin. maklumat terkini, menteri KPT yang baru telah meluluskan pembinaan kampus baru UPSI (satu2 projek yang diluluskan setelah menjadi menteri KPT)..ini juga salah satu manifesto MPP UPSI. berkenaan perbezaan kadar PTPTN bagi bidang sains dan satera juga MPP telah suarakan kepada YB Menteri KPT dan beliau berharap MPP UPSI dapat menghantar proposal untuk mengkaji semula kadar PTPTN dalam bidang yang berbeza tersebut. Yuran semester lapan juga menjadi agenda MPP kali ini..walaupun sukar namun pentadbiran universiti meminta MPP supaya menyediakan satu proposal lengkap untuk dibentangkan kepada senat universiti dan lembaga pengarah universiti (LPU).

bersyukurlah wahai kawan2.. nikmat yang kita kecapi hari ini kita takuti aku ditarik semula kerana kekufuran kita terhadap nikmat Allah. aku bukan la penyokong MPP namun apabila dengar cerita ini dan luahan beberapa kawan yang mendapat bantuan kebajikan daripada MPP aku pon macam rapat2 ngan geng2 MPP dan barulah aku sedar betapa gigihnya mereka berkerja. memang ader kelemahan namun dia adalah kawan2 kita..mereka pelajar macam kita juga. dari sudut islam pon mereka amat peka..program tilawah IPT dan jemputan asean, menjaga keperluan surau, isu kalimah Allah di Mozek bitarasiswa, Surau di taman U, bantahan terhadap filen fitna, program Tunas Permata Islam (mengajar mengaji bagi anak2 staf dan pegawai UPSI0 dan macam2 lagi. jangan la disebabkan mereka bukan kumpulan kita dan mereka aspirasi ker aper ker...kita mesti menjatuhkan kan mereka.sepatutnya sebagai muslim yang beriman kita wajib patuh kepada pemimpin di kalangan kamu. Fikirkanlah dengan kewarasan dan bukan kemarahan..salam

ANUGERAH PERDANA NC : SANI KECUNDANG...TAK MUNGKIN??


Saudari Nur Azlizan Sapuan baru-baru ini telah merangkul Anugerah Perdana NC pada Majlis Malam Anugerah Keterampilan UPSI yang berlangsung di Crystal Crown Hotel pada 5 April 2008. Sedikit mengejutkan apabila beliau menerima anugerah tersebut. Beliau mengetepikan calon-calon lain untuk anugerah tersebut. Saudari Azlizan sangat aktif dari awal pengajian sehingga sekarang. penglibatan aktif beliau dalam pelbagai bidang tidak menghalang beliau untuk mendapat anugerah dekan sebanyak 4 kali tidak termasuk semester akhir(belum menerima keputusan praktikum). Orangnya yang bersopan santun dan lemah lembut serta bersahsiah terpuji memblehkan beliau merangkul anugerah pada malam itu.


Namun..Saudara Ahmad Sani (Mantan YDP JMK KHAR) memang tidak dijangka memenangi anugerah tersebut kerana hanya sekadar calon yang memenuhi kuota disebabkan pernah menjadi pelajar UPSI. Beliau hanya aktif di kolej KHAR sahaja dan borang pencalonan anugerah beliau dipenuhi penglibatan semasa di IPSAH dan sedangkan ini anugerah ketrampilan UPSI bukan IPSAH. ini belum melihat dari skop kecemerlangan akademik..berapalah PNGK si sani ek?? Menurut JMK yang dulu seangkatan dengan beliau yang semeja dengan saya pada malam anugerha tersebut..(kini terus kekal menjadi JMK), menyatakan si Sani hanya manis mulut jer tapi kerja pas kat orang lain sehingga kan PA kesayangan dia pon da macam JMK ketika itu (Sekarang JMK). walaubagaimanapun tahniah la kerana sudi datang jauh-jauh untuk mengambil borang pencalonan..dapat jadi calon pon da OK la tu.tahniah2!


Kepada saudari azlizan..tahniah atas pencapaian anda. teruskan usaha menjadi guru sejati dalam memperjuangkan nasib bangsa kita pada masa hadapan.

kepada pemenang2 anugerah pada malam itu saya ucapkan tahniah dan teruskan kecemerlangan. Kepada Mantan YDP MPP dan TYDP MPP..all the best..MPP 2007/2008 akan terus menerajui kepimpinan cemeralang saudari dan saudari..

BIAR BETUL FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI LAIN KENA TUTUP??

salam bitara..
hurmm..manifesto MPP UPSI yang lalu diputarbelitkan oleh segelintir pelajar yang tidak bertanggungjawab dan melemparkan tuduhan mpp upsi adalah munafik kerana tidak melangsaikan janji2 semasa pilihanraya lalu.. golongan ini suka mencipta kontroversi sehingga lupa mereka juga akan di azab di akhirat kelak. Menfitnah dan menyebarkan maklumat palsu aper hukum nyer?? MasyaAllah... MPP UPSI menyatakan manifesto bahawa akan berjuang supaya tiada lagi fakulti pendidikan baru dibuka di mana-mana universiti lain. Dan MPP UPSI telah menyampaikan hasrat ini kepada mantan Menteri KPT yang lalu dan YB Menteri KPT telah bersetuju. Semua ini adalah kebajikan dan secure kepada graduan UPSI lebih berpeluang mendapat penempatan di sekolah nanti sebagai guru. Wahai manusia yang tidak berfikir secara waras..sebelum azab pedih menyelar di tulang2 rusuk mu pada hari pembalasan..segeralah menginsafi diri dan mohonlah keampunan selagi terdaya...